Pages

serahkan segala-galanya pada Allah..

serahkan segala-galanya pada Allah..
He is enough for me :)

Saturday 16 February 2013

              

                   ....69 JAM DI NERAKA ZIONIS...

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..hari ini aku bertemu kembali dengan blog kesayanganku ini. Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang sebuah buku.Tajuknya tertera di atas tu.. 69 JAM DI NERAKA ZIONIS. For ur information, this book was written by Ustaz Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau adalah salah seorang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi flotila kemanusiaan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sepintas lalu,buku ni jelas memperlihatkan  seolah-olah kamera zaman tidak pernah berhenti merakamkan kedurjanaan demi kedurjanaan yang berlaku dalam umat Islam.Semua ini merupakan bukti kekejaman tentera zionis israel terhadap umat islam terutamanya di Palestin dan ini juga yang dialami oleh misi kemanusiaan ke Gaza.Asif semua sebab aku tak dapat nak story detail pasal buku ni,kat sini aku just nak kongsi sedikit cerita yang menyayat hati dalam buku ni.




Misi ini disertai lebih 600 sukarelawan dari pelbagai negara tanpa mengira agama,umur,bangsa dan budaya.Tujuan mereka adalah sama iaitu membantu saudara2 yang sedang menderita di Palestin. Dalam ramai2 sukarelawan tu,ade seorang remaja lelaki Turki berumur 19 tahun iaitu Furkan Dogan.Beliau merupakan seorang remaja yang patut dicontohi oleh remaja2 Islam lain. Semasa di dalam Mavi marmara,Furkan diletakkan di dek paling atas untuk berkawal semasa mereka diserang tentera israel dan mostly org yang berjaga bersamaya adalah orang yang mempunyai seni mempertahankan diri. Meskipun furkan cuma remaja biasa yang lemah,tetapi die tetap berkeras untuk berjaga di dek paling atas.Alasannya adalah untuk berhadapan dengan tentera Israel.Semasa Furkan sedang berjaga di dek paling atas,datang komando Israel yang turun dari helikopter menembak furkan dan Furkan jatuh terduduk. Dalam keadaan yang sebegitu beliau terus berdoa "Ya Allah terimalah Syahidku" berulang kali. Doanya itu mengudang kemarahan tentera zionis dan tanpa secebispun belas kasihan Furkan ditembak lagi sebanyak 5 kali termasuk 4 kali di kepalanya sebelum tubuhnya dipijak-pijak oleh tentera zionis. Betapa kejamnya mereka!! Selain Furkan,terdapat 8 orang lagi sukarelawan yang syahid dan mereka semua ditembak berkali-kali dan ade yang ditembak dari jarak yang sangat dekat serta berpuluh-puluh lagi cedera.Bukan itu sahaja,peluru yang mereka guna bukan peluru biasa,peluru itu boleh meletup menjadi serpihan kecil di dalam badan apabila mengenai tulang. Semasa serangan itu,para sukarelawan telah merampas senarai nama sukarelawan yang hendak dibunuh.Jelas sekali,mereka memang ada niat untuk membunuh sukarelawan2 tersebut.Mereka memang nak umat Islam mati,tapi,mereka taknak kita mati dalam jihad.

                                                wajah 9 orang sukarelawan yang syahid
 

Selain dari cerita pasal Furkan ni,banyak lagi cerita pasal mavi marmara yang kita tak tahu diceritakan dalam buku ni. Sebenarnya,semasa detik2 cemas dalam kapal itu,Allah telah pun mengutuskan tenteranya untuk membantu para sukarelawan.Beberapa orang komando zionis yang ditangkap juga kelihatan sangat takut dengan sukarelawan. Sesampainya di Israel,salah seorang sukarelawan disoal siasat tentang 6 0rang yang ketinggiannya lebih kurang 2 meter memakai pakaian serba putih di atas kapal,sedangkan tiada seorang pun diantara sukarelawan yang tingginya lebih kurang 2 meter dan tiada seorangpun yang berpakaian serba putih. Jelaslah komando2 tersebut takutkan kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar kehadirannya..tentera berbaju putih??? Sungguh menakjubkan! 

                                               antara wajah tentera Israel yang ketakutan

Seterusnya,semasa mereka ditahan selama 2 hari di penjra Israel,mereka telah didera fizikal dan mental. Tangan dan kaki mereka diikat selama berjam-jam dan tidak dienarkan ke tandas.Salain itu,mereka telah diberi makan makanan yang mengandungi racun arsenik yang boleh menyebabkan kematian.Ade seorang sukarelawan yang cedera ditembak meminta air dari komando kerana terlalu dahaga. Komando itu bukannya mahu memberikan air kepada sukarelawan itu sebaliknya meminum air tu sendiri dan selebihnya dicuahkannya ke  muka sukarelawan itu.Terlampau banyak seksaan mereka terhadap sukarelawan.Mereka juga diejek dan dihamburkan kata-kata kesat. Entah dimana sifat kemanusiaan mereka,mereka mengaburi dunia dengan menuduh misi flotila Mavi Marmara merupakan terorist demi menutup segala kedurjanaan mereka.

Setakat ni sahaja  yang mampu aku cerita. Banyak sangat kisah2 menyayat hati dalam buku ni. Siape sahaja ynag baca,mesti mengalirkan air mata.Akhir kata, semoga para syuhada' tenang di sana dan semoga Allah menerima segala amalan mereka.InsyaAllah,sama-samalah kita berdoa agar diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk terus membantu saudara2 seislam kita di sana. InsyaAllah




 "BANGKITLAH BERJUANG WAHAI UMAT MALAYSIA,BERJUANG BERSAMA IKHLAS DAN JIWA PERWIRA,PERJUANAGAN MEMBAWA HIDUP MULIA,SESIAPA YANG BERJUANG PASTI BERJAYA,DI DUNIA JADI PERKASA,DI AKHITRAT MENDAPAT REDHANYA"


SABDA RASULULLAH S.A.W. MAKSUDNYA 

"Sesiapa yang membantu mempersiapkan seseorang yang akan berjuang,maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang yang berjuang.Dan sesiapa yang membantu ahli keluarga orang yang berjuang maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang  yang berjuang"


Azwa~ I'm trying to be a good muslimah,InsyaAllah :-)

No comments:

Post a Comment