Pages

serahkan segala-galanya pada Allah..

serahkan segala-galanya pada Allah..
He is enough for me :)

Saturday 16 February 2013

              

                   ....69 JAM DI NERAKA ZIONIS...

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..hari ini aku bertemu kembali dengan blog kesayanganku ini. Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang sebuah buku.Tajuknya tertera di atas tu.. 69 JAM DI NERAKA ZIONIS. For ur information, this book was written by Ustaz Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau adalah salah seorang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi flotila kemanusiaan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sepintas lalu,buku ni jelas memperlihatkan  seolah-olah kamera zaman tidak pernah berhenti merakamkan kedurjanaan demi kedurjanaan yang berlaku dalam umat Islam.Semua ini merupakan bukti kekejaman tentera zionis israel terhadap umat islam terutamanya di Palestin dan ini juga yang dialami oleh misi kemanusiaan ke Gaza.Asif semua sebab aku tak dapat nak story detail pasal buku ni,kat sini aku just nak kongsi sedikit cerita yang menyayat hati dalam buku ni.




Misi ini disertai lebih 600 sukarelawan dari pelbagai negara tanpa mengira agama,umur,bangsa dan budaya.Tujuan mereka adalah sama iaitu membantu saudara2 yang sedang menderita di Palestin. Dalam ramai2 sukarelawan tu,ade seorang remaja lelaki Turki berumur 19 tahun iaitu Furkan Dogan.Beliau merupakan seorang remaja yang patut dicontohi oleh remaja2 Islam lain. Semasa di dalam Mavi marmara,Furkan diletakkan di dek paling atas untuk berkawal semasa mereka diserang tentera israel dan mostly org yang berjaga bersamaya adalah orang yang mempunyai seni mempertahankan diri. Meskipun furkan cuma remaja biasa yang lemah,tetapi die tetap berkeras untuk berjaga di dek paling atas.Alasannya adalah untuk berhadapan dengan tentera Israel.Semasa Furkan sedang berjaga di dek paling atas,datang komando Israel yang turun dari helikopter menembak furkan dan Furkan jatuh terduduk. Dalam keadaan yang sebegitu beliau terus berdoa "Ya Allah terimalah Syahidku" berulang kali. Doanya itu mengudang kemarahan tentera zionis dan tanpa secebispun belas kasihan Furkan ditembak lagi sebanyak 5 kali termasuk 4 kali di kepalanya sebelum tubuhnya dipijak-pijak oleh tentera zionis. Betapa kejamnya mereka!! Selain Furkan,terdapat 8 orang lagi sukarelawan yang syahid dan mereka semua ditembak berkali-kali dan ade yang ditembak dari jarak yang sangat dekat serta berpuluh-puluh lagi cedera.Bukan itu sahaja,peluru yang mereka guna bukan peluru biasa,peluru itu boleh meletup menjadi serpihan kecil di dalam badan apabila mengenai tulang. Semasa serangan itu,para sukarelawan telah merampas senarai nama sukarelawan yang hendak dibunuh.Jelas sekali,mereka memang ada niat untuk membunuh sukarelawan2 tersebut.Mereka memang nak umat Islam mati,tapi,mereka taknak kita mati dalam jihad.

                                                wajah 9 orang sukarelawan yang syahid
 

Selain dari cerita pasal Furkan ni,banyak lagi cerita pasal mavi marmara yang kita tak tahu diceritakan dalam buku ni. Sebenarnya,semasa detik2 cemas dalam kapal itu,Allah telah pun mengutuskan tenteranya untuk membantu para sukarelawan.Beberapa orang komando zionis yang ditangkap juga kelihatan sangat takut dengan sukarelawan. Sesampainya di Israel,salah seorang sukarelawan disoal siasat tentang 6 0rang yang ketinggiannya lebih kurang 2 meter memakai pakaian serba putih di atas kapal,sedangkan tiada seorang pun diantara sukarelawan yang tingginya lebih kurang 2 meter dan tiada seorangpun yang berpakaian serba putih. Jelaslah komando2 tersebut takutkan kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar kehadirannya..tentera berbaju putih??? Sungguh menakjubkan! 

                                               antara wajah tentera Israel yang ketakutan

Seterusnya,semasa mereka ditahan selama 2 hari di penjra Israel,mereka telah didera fizikal dan mental. Tangan dan kaki mereka diikat selama berjam-jam dan tidak dienarkan ke tandas.Salain itu,mereka telah diberi makan makanan yang mengandungi racun arsenik yang boleh menyebabkan kematian.Ade seorang sukarelawan yang cedera ditembak meminta air dari komando kerana terlalu dahaga. Komando itu bukannya mahu memberikan air kepada sukarelawan itu sebaliknya meminum air tu sendiri dan selebihnya dicuahkannya ke  muka sukarelawan itu.Terlampau banyak seksaan mereka terhadap sukarelawan.Mereka juga diejek dan dihamburkan kata-kata kesat. Entah dimana sifat kemanusiaan mereka,mereka mengaburi dunia dengan menuduh misi flotila Mavi Marmara merupakan terorist demi menutup segala kedurjanaan mereka.

Setakat ni sahaja  yang mampu aku cerita. Banyak sangat kisah2 menyayat hati dalam buku ni. Siape sahaja ynag baca,mesti mengalirkan air mata.Akhir kata, semoga para syuhada' tenang di sana dan semoga Allah menerima segala amalan mereka.InsyaAllah,sama-samalah kita berdoa agar diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk terus membantu saudara2 seislam kita di sana. InsyaAllah




 "BANGKITLAH BERJUANG WAHAI UMAT MALAYSIA,BERJUANG BERSAMA IKHLAS DAN JIWA PERWIRA,PERJUANAGAN MEMBAWA HIDUP MULIA,SESIAPA YANG BERJUANG PASTI BERJAYA,DI DUNIA JADI PERKASA,DI AKHITRAT MENDAPAT REDHANYA"


SABDA RASULULLAH S.A.W. MAKSUDNYA 

"Sesiapa yang membantu mempersiapkan seseorang yang akan berjuang,maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang yang berjuang.Dan sesiapa yang membantu ahli keluarga orang yang berjuang maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang  yang berjuang"


Azwa~ I'm trying to be a good muslimah,InsyaAllah :-)

Sunday 10 February 2013

 CINTAILAH ILLAHI SEBELUM MENCINTAI LELAKI

Assalamualaikum w.b.t semua.. today I want to share about a love .. cewahh! jiwang pulak hari ni..haha.. But,before that,I want to give my opinion about love. CINTA ni sangat subjektif,I think almost everyone can feel this feeling,tak kisah lah kan cinta pada Allah,family,parents, and so on.Dalam agama Islam,cinta bukanlah haram sebenarnya,tapi,disebabkan cinta lah terjadinya perkare2 yang haram.Ramai anak-anak muda sekarang menganggap 'couple' tu sebagai trend and siapa yang single tu dianggap ketinggalan zaman. Ish3.. How dare U?? I pun single,so,thats not mean I pun ketinggalan zaman.**tetibe emosional**..haha.Bagi aku,couple ni tak ada langsung faedahnya,just waste our time,money, and bnyk lagi laa.Bagi yang betul-betul nak couple pulak,biarlah niat ingin memperisterikan dan sampai ke jinjang pelamin.Yang ni baru betul. Cinta yang halal. :) so sweeet

Aku pernah bace buku Ustazah Fatimah Syarha,tajuknya "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul".Sweet sangat cerita diorang.Teringin jugak aku nak dapat pasangan macam Dr.Farhan,memang idaman Malaya lah! Tapi,terdetik jugak di hatiku,layakkah aku mendapat pasangan sebaik Dr.Farhan Hadi?sedangkan aku hanyalah gadis biase yang sering khilaf. Allah ade berfirman perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.So,kita tak payah lah duk fikir sangat pasal jodoh sebab Allah dah tentukan siapa jodoh kita sejak azali lagi. Sedalam mana pun cinta kita pada seseorang tu tak semestinya kita bakal berkahwin dengannya dan tak semestinya jodoh kita di dunia,siapa tahu ajal bakal menjemput kita terlebih dahulu? Wallahualam. Apa yang perlu kita buat,teruskanlah bermujahadah dan melawan nafsu kita. Elakkan dari terjebak dengan cinta murahan.Percayalah,jika kita sedang memperbaiki diri,InsyaAllah pasangan kita juga sedang memperbaiki dirinya dan jika kita sedang menjaga hati,InsyaAllah jodoh kita juga sedang menjaga hatinya.

 

.My advice to my friends and siape sahaja yang tengah syok bercouple tu,ingatlah setiap apa yang kita lakukan tu ada balasannya.Jalan penyelesaiannya adalah perkahwinan,kalua tak boleh kahwin, clash jer dulu. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. One more,pesanan ayah aku, dia cakap jangan lakukan perkara yang tidak elok sebelum kahwin kerana akibatnya nanti selepas kita mendirikan rumah tangga.Boleh jadi rumah tangga kita nanti tidak bahagia kerana dosa-dosa kita bersama pasangan sebelum kahwin.Astaghfirullah...

 

  Kisah cinta aku?? huhu..biarlah jadi rahsia antara aku dengan  Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Biarlah doa sebagai perantara. Yang penting sekarang kejar cinta Allah SWT terlebih dahulu,InsyaAllah cinta yang halal akan datang di penghujungnya.Semoga Allah tetapkan hatiku ini di jalanNya untuk terus bermujahadah. I trust Him,He is the best planner and He is the best listener. Whatever about our love,just tell to Him.


Okay.Setakat ni sahaja lah entri aku untuk hari ni. kalau rajin lagi,nanti aku tulis lagi yer. Semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat semua yang membacanya. Assalamualaikum w.b.t.

"Dont Worry if u are single because Allah is saving u for someone special"

~Azwa~ I'm trying to be a good muslimah.InsyaAllah :) 

Saturday 9 February 2013

I miss My Home :'(

Alhamdulillah,ni kali ke 4 aku update blog ni..and this this is the first time I update my blog since 2013. Hari ni dah dekat 3 minggu lebih aku start sem 3. Tough jgk rasenye subjek untuk sem ni,even dah takde arab,tp,jadual tetap pack. What can I do,this is one in a million dugaan sabagai seorang student.(betul ke english aku ni?? lain macam je buninye) haha..I memg x pandai sgt BI,but, I'll try to speak better.

Weekend ni,,aku sedikitttt sedih sebab tak dapat balik cuti CNY ni. Ni salah satu fenomena sabagi seorang perantau..cewaahhh! perantau lah sangat..haha.. Actually,I miss my home verrryyyyy muchhhh. rindu sangat nk jumpe mak dan ayah,adik-adik aku yang comel macam kakaknye ni..kihkihkih.. kakak aku, adik aimi and my little cutest rabbit,aku rindu nak makan masakan mak aku.. kalau,anak-anaknye balik, mesti die masak yg special. Nak menangis pulak rasenye sambil tulis blog ni. Kalau mak aku bace,mesti dia pun sedih. ye lah kan,I anak perempuan,duk sini sorang2..kawan2 semuenye balik.

First2,aku nak stay sini dengan kawan aku,orang Terengganu jugak la. At last,die balik jugak sebab ade emergency(kawin agaknye..hehe)..urusan famly kowt,tp,takpelah..aku faham. Aku decide nak balik pun,dah terlambat..tiket pun dah habis.Abang aku yang keje kat Kepong sekarang pun tak balik,busy lah tu agaknye. Kalau die balik,boleh lah aku tumpang sekali.Tapi,harapan aku tak jadi kenyataan. :( So,stay je lah kat sini..Tinggal lagi 2 hari cuti,hari-hari aku duk mengadap netbuk,homework,fon,katil dan segala-galanya yang ade dalam bilik aku ni & hari2 jugak la kau teringatkan rumah.Tak taulah kenape time ni homesick sangat.Maybe sebab aku duk sorang2 kowt.Aku tau orang kat rumah pun rindukan aku..hehe*perasan pulak*. Adik laki aku chat aku kat FB..pura2 tanye sal earfon pulak,rindu kakak die lah tu. Kakak aku punsame, nak sangat aku balik,katenye aku dah lupekan kampung..ish3 *ade ke patot*. Hmm.. macam mane lah rupe rumah aku sekarang,dah siap ke belum erk ayah aku renovate? hoho.. tuggulah kepulangan anakmu nanti ye..

                                                         Ni adik bongsu ku yg kiut miut!
                                                                    Ciknab ku sayang <3
                                                            My lovely mother and sister

Ok lah..setakat ni sahaja cotretan aku kali ni. Dah lapar sangat dah ni,dari pagi tak makan.bye2 u alls.. Peace Upon U :-)


Ya Allah Ya Rabb,give my family good healthy. A long life and keep them safe. :')

~Azwa~ I'm trying to be a good muslimah.InsyaAllah :)