Pages

serahkan segala-galanya pada Allah..

serahkan segala-galanya pada Allah..
He is enough for me :)

Tuesday, 30 July 2013

Petua Rasulullah tidak pernah sakit..


 Salam alaik salam 22 Ramadhan semue! Hari ni aku nk share something yg aku bace dlm buku.. Tajuk buku tu 100 pesanan terakhir Rasulullah SAW.

Sebenarnye punca segala penyakit dtg drpd makanan yg kite makan hari2. Kalau kite rajin membace sirah2 Rasulullah SAW, baginda sebenarnya sgt mengambil berat tentang pemakanan. Rasulullah juga mengamalkan diet yg seimbang dlm pemakanannya. Antara amalan2 baginda :-

  • tidak minum susu bersame daging
  • tidak makan daging bersama ikan
  • tidak makan ikan bersama susu
  • tidak makan ayam bersama susu
  • tidak makan ikan bersama telur
  • tidak makan ikan bersama daun salad
  • tidak makan susu bersama cuka
  • tidak makan buah bersama susu (koktel)
Mengenai cara pemakanan Rasulullah pula, baginda tidak makan buah selepas makan tp,sebaliknya makan buah dahulu sebelum makan. Tidur sejam selepas makan tengah hari dan tidak tinggal makan malam.Sesiapa yg tinggal makan malam,dia akan dimakan usia dan kolestrol bertambah. Dalam kitab, kita sebenarnya dilarang makan makanan laut bercampur makanan darat krn ia membawa kpd bnyk penyakit. Buktinya, seorang ilmuwan menemukan dlm ikan mengndungi ion- sedangkan dlm ayam mengandungi ion+. Jika kedua2nya bercampur, akan terjadi tindak balas biokimia yg akn merosakkan usus.

Dalam Al-quran,antara amaln2 yg diajar utk mnjage kesihatn ialah :-

  1. Mandi pg sebelum subuh,at least 1 jam sebelum matahari terbit. Air sejuk yg meresap dpt mengurangkan penimbunan lemak.
  2. Amalkan minum segelas air masak setiap pg. Mujarabnya,InsyaAllah terhindar dr penyakit
  3. Waktu solat subuh,disunatkan kita bertafakur & memanjangkan zikir.
  4. Sujud dpt mengelakkan kite drpd sakit kepala/migrain
  5. Gunakan tanagn kanan ketika makan & apabila habis hendaklah menjilat jari.

Okey. setakat tu je yg aku boleh kongsikan.. Bnyak lg petua2 lain sebenarnya & yg paling penting baca doa & Bismillah dulu sebelum makan ye :-) bye.. happy iftar! peace upon u.

Ya Rabb,please give my family good health and keep them safe :-)

Azwa~ I'm trying to be a good Muslimah InsyaAllah., May Allah ease :)

Saturday, 27 July 2013

 Ramadhan ohhh Ramadhan :-)

Ramadhan datang lagiii :D

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. thanx a lot to The Most Merciful, All praises to Him for giving us another chance to be in this holy month,Ramadhan kareem..

Masuk hari ni dh 18 hari kite berpuase, & selame 18 hari itu jgk aku tlh berpuase d peratauan.. InsyaAllah, 6 days left! Then,I'll go home! can't wait for that day actually..huhu

Two weeks ago, ade ustaz bagi ceramah kt mahallah aku,, dlm ceramahnya ade ckp, org yg berada dlm bulan Ramadhan ni telah ditapis oleh Allah SWT dan hanya org2 yg terpilih shj yg dpt berada d bulan mulia ni. Alangkah beruntungnya kite krn mnjd slh seorg drnya.. syukur alhamdulillah. Kita semue tau kan, bulan Ramadhan ni skaliiii jeeee setahunnn,,mase ni lah,kite nk cari pahala lebih, nk beribadat padaNya.. Amalan2 yg kita lakukan dlm bulan ni dilipatkali ganda pahalanya..Dan pd bulan ni jgk adenya mlm Lailatul Qadar,,malam ni lebih baik dr 1000 bulan.. dan sesiape yg beribadat kpd Allah pd mlm ni, seperti die beribadat selame 1000 bulan.

Dari Abu Hurairah Ra  berkata , Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa berdiri (untuk) shalat pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (dengan keyakinan yang sempurnam dan harapan yang ikhlas untuk memperoleh ganjaran), maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni (HR Bukhari Muslim -at Targhib).


Ibadah yg lazim skali dlm bulan Ramadhan ni x lain x bukan solat terawih.. Alhamdulillah, I'm glad to be here..IIUM.. kat mne2 je ade solat terawih berjemaah, every mahallah,masjid and sometimes ade society yg bwt terawih berjemaah.. so,x susah laa.. kalau rse mls cket nk jln buat kat mahallah..Kat mahallah sisters pun ade ustaz yg imamkan,sambil tu ade talk cket.. sambil menyelam minum air kn?? hehe.. And mostly student pegi masjid especially brothers laa. Iftar jamai'e pun bnyk, just depends je kt kite, nk join ke tak.. Pengalaman paling best aku beriftar kt UIA ni ialah dpt makn same2 dlm talam. Maybe org len pnh buat kt sekolah, tp aku x.. Memang best sgt mkn dlm talam. Walaupun makanan tu xlah bnyk mne, tp, mase mkn memang terase bnyknye.. Alamdulillah kenyang. Memang berkat mkn ramai2, ukhwah pun bertambh erat.

Dah 18 hari berlalu.. 12 days left! cepatnye mase berlalu kann?? Ramadhan dah nk tinggalkan kite..bile difikirkan balik rase mcm baru semalam first day puase.. Fasa ke-2 pun almost complete! Jangan lupe, mari kite gandakan lg ibadah kite di mlm2 terakhir ni.. Mari same2 kita memburu lailatul Qadar.. sungguh rugi kalau kite x mencari mlm istimewa ni..

 Dari Aisyah ra berkata : Rasulullah saw bersabda ” Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan .” (Hr. Bukhari - Misykat)

Setakat ni je aku nk share pasal Ramadhan.. ni second time Ramadhan aku kt UIA Pj, InsyaAllah lps ni UIA Gombak plk..aminnn.. doakan ye! :)
"Allahumma ba riklana fi Ramadhan.." aminn Ya Rabbal Alaminn..

Ya Rabb, give my family good health and keep them safe :-)

Azwa ~ I'm trying to be a good muslimah. InsyaAllah.. may Allah ease :)

Wednesday, 1 May 2013

Puding Roti Kukus :)


Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum :)

Hai korang2 semua..tengok tajuk atas tuu,mesti dah tau ape aku nak post hari ni kan? hehe.. hari ni aku nak citer pasal resepi PUDING ROTI KUKUS..hehe,biasanye,org bwt puding roti bakar kan? tapi,aku kukus.. Maklumlaahh aku tak pandai lagi nak masak yg complicated bagai,, yang cikai2 je pandai..hihi.. nanti nak kahwin pandai laa InsyaAllah..haha *tetibe*

Okay2.. cara  nak masak puding ni simple sangat2.. budak kecik pun pandai kowt :D

First of all,, Bahan2 nya adalah :-

  1. 5 keping roti (lebih pun bolehhh..)
  2. 1 tin susu cair
  3. 2 biji telur
  4. 4 sudu besar gula
  5. Esen Vanilla
  6. Mentega
  7. Kismis/coklat rice/coklat hiasan (hiasan)

Then,cara2 nak buat puding ni adalah :-

  1. Sediakan 5 keping roti yang dipotong kecil2(aku potong 9),nak potong tepinya pun boleh..terpulang pada cita rasa masing2.
  2. Sapukan mentega pada roti.Asingkan.
  3. Pukul telur dan gula dalam bekas sehingga gula hancur.
  4. Masukkan susu dan kacau hingga sebati
  5. Masukkan esen vanilla (nak hilangkan bau hanyir telur).
  6. Rendam  roti tadi dalam adunan susu,telur dan gula.Biarkan beberapa minit hingga roti kembang.
  7. Tuangkan semua adunan tadi dalam loyang untuk dikukus.(jangan lupe sapu mentaga sekeliling loyang )
  8. Taburkan sedikit kismis or whatever laa sebagai hiasan..up to u! :)
  9. Kukus selama setengah jam.
  10. Selepas masak,sejukkan dalm peti sejuk dulu before hidangkan.
  
                                     haaa.. Ni rupe puding aku before kukus..sedap x sedap x??


                                                       And niii laaahhh hasilnyee..heee


Alhamdulillah..siap puding aku..sedap tak sedap,habis licin satu loyang tu taw family aku makan.hehe
okeylah.. selamat mencube ye!!

bye2..salam alaik :-) :-)

Azwa~i'm trying to be a better muslimah. InsyaAllah :)

Tuesday, 30 April 2013

Hanya mampu merancang.. Tapi,Allah SWT yg menentukan..

 

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum :)


Alhamdulillah..dah berbulan lamenye aku x update diari aku ni..hihi.. Actually,I really busy with assignments,quizes,tutoialss n so on + i've no idea what I should write on my blog. Sekarang,aku nak citer pasal wedding abang aku.. Congrates my lovely brother! Syukur sangat akhirnye bersatu jugak abang aku dengan pilihan hatinya. Kalau ikutkan dah lebih sebulan abang aku kawin,tp,baru sekarang aku nk citer..haha*apelahh! 

Yang sedihnye,i'm the only one yg xde mase wedding abang aku. Kesian kan?? :'( :'( :'(
Aku bukan xnak balik,siap plan dah nk balik dengan kakak aku sekali..tapi,apakan dayaku.. hanya mampu merancang tapi,Allah yang tentukan. Tarikh akad nikah abang aku same dengan exam computer. Bile dapat tau aku xleh balik,Allah je tau betapa sedihnye aku. Sampai xleh nk fokus untuk exam. Even parents aku x marah,aku still rase bersalah. Yelah kan, abang sendiri kawin pun tak balik..ape pulak org len cakap. 

Lepas exam comp,esoknye maths..  Seriously,malam bfore exam maths,aku x boleh nk study langsung. Dalam kepale aku,dah x nmpak no. dahh..nampak rumah jerr.. Nak call family, takut diorang sendiri pun busy. Esoknye aku call jugak bafore exam,hati aku tak tenang.  Allah je tau mcm mane perasaan lepas call mak aku. I got back my strength! Mak cakap
 " jangan sedih..adelah tu hikmahnye  x boleh balik, exam tu lg penting,biarlah orang nak cakap ape pun" . Hati aku tenang and lega sangat dengar suare mak aku pagi tu. She's very understanding. She's the best mom in the world!! She reminds mo to remember Him. Then,barulah aku bersemangat nak jawab paper maths.Alhamdulillah.


                                              Ni gambar satu family aku..huhu,, aku je xde...

okay. Setakat ni je aku nak citer.. Ni lah ujian bile kite berjauhan dengan family. Ape2 pun,setiap perkare yg berlaku tu ade hikmahnye.Sekian..Peace upon u.

Ya Rabb,give my family good health and keep them safe.

Azwa~ i'm trying to be a good muslimah,InsyaAllah.. May Allah ease. :-)


 
 

Saturday, 16 February 2013

              

                   ....69 JAM DI NERAKA ZIONIS...

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..hari ini aku bertemu kembali dengan blog kesayanganku ini. Hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang sebuah buku.Tajuknya tertera di atas tu.. 69 JAM DI NERAKA ZIONIS. For ur information, this book was written by Ustaz Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau adalah salah seorang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi flotila kemanusiaan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sepintas lalu,buku ni jelas memperlihatkan  seolah-olah kamera zaman tidak pernah berhenti merakamkan kedurjanaan demi kedurjanaan yang berlaku dalam umat Islam.Semua ini merupakan bukti kekejaman tentera zionis israel terhadap umat islam terutamanya di Palestin dan ini juga yang dialami oleh misi kemanusiaan ke Gaza.Asif semua sebab aku tak dapat nak story detail pasal buku ni,kat sini aku just nak kongsi sedikit cerita yang menyayat hati dalam buku ni.




Misi ini disertai lebih 600 sukarelawan dari pelbagai negara tanpa mengira agama,umur,bangsa dan budaya.Tujuan mereka adalah sama iaitu membantu saudara2 yang sedang menderita di Palestin. Dalam ramai2 sukarelawan tu,ade seorang remaja lelaki Turki berumur 19 tahun iaitu Furkan Dogan.Beliau merupakan seorang remaja yang patut dicontohi oleh remaja2 Islam lain. Semasa di dalam Mavi marmara,Furkan diletakkan di dek paling atas untuk berkawal semasa mereka diserang tentera israel dan mostly org yang berjaga bersamaya adalah orang yang mempunyai seni mempertahankan diri. Meskipun furkan cuma remaja biasa yang lemah,tetapi die tetap berkeras untuk berjaga di dek paling atas.Alasannya adalah untuk berhadapan dengan tentera Israel.Semasa Furkan sedang berjaga di dek paling atas,datang komando Israel yang turun dari helikopter menembak furkan dan Furkan jatuh terduduk. Dalam keadaan yang sebegitu beliau terus berdoa "Ya Allah terimalah Syahidku" berulang kali. Doanya itu mengudang kemarahan tentera zionis dan tanpa secebispun belas kasihan Furkan ditembak lagi sebanyak 5 kali termasuk 4 kali di kepalanya sebelum tubuhnya dipijak-pijak oleh tentera zionis. Betapa kejamnya mereka!! Selain Furkan,terdapat 8 orang lagi sukarelawan yang syahid dan mereka semua ditembak berkali-kali dan ade yang ditembak dari jarak yang sangat dekat serta berpuluh-puluh lagi cedera.Bukan itu sahaja,peluru yang mereka guna bukan peluru biasa,peluru itu boleh meletup menjadi serpihan kecil di dalam badan apabila mengenai tulang. Semasa serangan itu,para sukarelawan telah merampas senarai nama sukarelawan yang hendak dibunuh.Jelas sekali,mereka memang ada niat untuk membunuh sukarelawan2 tersebut.Mereka memang nak umat Islam mati,tapi,mereka taknak kita mati dalam jihad.

                                                wajah 9 orang sukarelawan yang syahid
 

Selain dari cerita pasal Furkan ni,banyak lagi cerita pasal mavi marmara yang kita tak tahu diceritakan dalam buku ni. Sebenarnya,semasa detik2 cemas dalam kapal itu,Allah telah pun mengutuskan tenteranya untuk membantu para sukarelawan.Beberapa orang komando zionis yang ditangkap juga kelihatan sangat takut dengan sukarelawan. Sesampainya di Israel,salah seorang sukarelawan disoal siasat tentang 6 0rang yang ketinggiannya lebih kurang 2 meter memakai pakaian serba putih di atas kapal,sedangkan tiada seorang pun diantara sukarelawan yang tingginya lebih kurang 2 meter dan tiada seorangpun yang berpakaian serba putih. Jelaslah komando2 tersebut takutkan kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar kehadirannya..tentera berbaju putih??? Sungguh menakjubkan! 

                                               antara wajah tentera Israel yang ketakutan

Seterusnya,semasa mereka ditahan selama 2 hari di penjra Israel,mereka telah didera fizikal dan mental. Tangan dan kaki mereka diikat selama berjam-jam dan tidak dienarkan ke tandas.Salain itu,mereka telah diberi makan makanan yang mengandungi racun arsenik yang boleh menyebabkan kematian.Ade seorang sukarelawan yang cedera ditembak meminta air dari komando kerana terlalu dahaga. Komando itu bukannya mahu memberikan air kepada sukarelawan itu sebaliknya meminum air tu sendiri dan selebihnya dicuahkannya ke  muka sukarelawan itu.Terlampau banyak seksaan mereka terhadap sukarelawan.Mereka juga diejek dan dihamburkan kata-kata kesat. Entah dimana sifat kemanusiaan mereka,mereka mengaburi dunia dengan menuduh misi flotila Mavi Marmara merupakan terorist demi menutup segala kedurjanaan mereka.

Setakat ni sahaja  yang mampu aku cerita. Banyak sangat kisah2 menyayat hati dalam buku ni. Siape sahaja ynag baca,mesti mengalirkan air mata.Akhir kata, semoga para syuhada' tenang di sana dan semoga Allah menerima segala amalan mereka.InsyaAllah,sama-samalah kita berdoa agar diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk terus membantu saudara2 seislam kita di sana. InsyaAllah




 "BANGKITLAH BERJUANG WAHAI UMAT MALAYSIA,BERJUANG BERSAMA IKHLAS DAN JIWA PERWIRA,PERJUANAGAN MEMBAWA HIDUP MULIA,SESIAPA YANG BERJUANG PASTI BERJAYA,DI DUNIA JADI PERKASA,DI AKHITRAT MENDAPAT REDHANYA"


SABDA RASULULLAH S.A.W. MAKSUDNYA 

"Sesiapa yang membantu mempersiapkan seseorang yang akan berjuang,maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang yang berjuang.Dan sesiapa yang membantu ahli keluarga orang yang berjuang maka samalah (ganjaran)nya sebagaimana orang  yang berjuang"


Azwa~ I'm trying to be a good muslimah,InsyaAllah :-)

Sunday, 10 February 2013

 CINTAILAH ILLAHI SEBELUM MENCINTAI LELAKI

Assalamualaikum w.b.t semua.. today I want to share about a love .. cewahh! jiwang pulak hari ni..haha.. But,before that,I want to give my opinion about love. CINTA ni sangat subjektif,I think almost everyone can feel this feeling,tak kisah lah kan cinta pada Allah,family,parents, and so on.Dalam agama Islam,cinta bukanlah haram sebenarnya,tapi,disebabkan cinta lah terjadinya perkare2 yang haram.Ramai anak-anak muda sekarang menganggap 'couple' tu sebagai trend and siapa yang single tu dianggap ketinggalan zaman. Ish3.. How dare U?? I pun single,so,thats not mean I pun ketinggalan zaman.**tetibe emosional**..haha.Bagi aku,couple ni tak ada langsung faedahnya,just waste our time,money, and bnyk lagi laa.Bagi yang betul-betul nak couple pulak,biarlah niat ingin memperisterikan dan sampai ke jinjang pelamin.Yang ni baru betul. Cinta yang halal. :) so sweeet

Aku pernah bace buku Ustazah Fatimah Syarha,tajuknya "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul".Sweet sangat cerita diorang.Teringin jugak aku nak dapat pasangan macam Dr.Farhan,memang idaman Malaya lah! Tapi,terdetik jugak di hatiku,layakkah aku mendapat pasangan sebaik Dr.Farhan Hadi?sedangkan aku hanyalah gadis biase yang sering khilaf. Allah ade berfirman perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.So,kita tak payah lah duk fikir sangat pasal jodoh sebab Allah dah tentukan siapa jodoh kita sejak azali lagi. Sedalam mana pun cinta kita pada seseorang tu tak semestinya kita bakal berkahwin dengannya dan tak semestinya jodoh kita di dunia,siapa tahu ajal bakal menjemput kita terlebih dahulu? Wallahualam. Apa yang perlu kita buat,teruskanlah bermujahadah dan melawan nafsu kita. Elakkan dari terjebak dengan cinta murahan.Percayalah,jika kita sedang memperbaiki diri,InsyaAllah pasangan kita juga sedang memperbaiki dirinya dan jika kita sedang menjaga hati,InsyaAllah jodoh kita juga sedang menjaga hatinya.

 

.My advice to my friends and siape sahaja yang tengah syok bercouple tu,ingatlah setiap apa yang kita lakukan tu ada balasannya.Jalan penyelesaiannya adalah perkahwinan,kalua tak boleh kahwin, clash jer dulu. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. One more,pesanan ayah aku, dia cakap jangan lakukan perkara yang tidak elok sebelum kahwin kerana akibatnya nanti selepas kita mendirikan rumah tangga.Boleh jadi rumah tangga kita nanti tidak bahagia kerana dosa-dosa kita bersama pasangan sebelum kahwin.Astaghfirullah...

 

  Kisah cinta aku?? huhu..biarlah jadi rahsia antara aku dengan  Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Biarlah doa sebagai perantara. Yang penting sekarang kejar cinta Allah SWT terlebih dahulu,InsyaAllah cinta yang halal akan datang di penghujungnya.Semoga Allah tetapkan hatiku ini di jalanNya untuk terus bermujahadah. I trust Him,He is the best planner and He is the best listener. Whatever about our love,just tell to Him.


Okay.Setakat ni sahaja lah entri aku untuk hari ni. kalau rajin lagi,nanti aku tulis lagi yer. Semoga ianya menjadi pengajaran dan teladan buat semua yang membacanya. Assalamualaikum w.b.t.

"Dont Worry if u are single because Allah is saving u for someone special"

~Azwa~ I'm trying to be a good muslimah.InsyaAllah :)